Tuesday 13 May 2014

..surat untuk awak jugak...Maafkan saya rosakkan awak...


#cerita ni adalah copy paste semata2..tak tahulah sumber nya ada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia...yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.... :)

Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Saya seorang lelaki yg dibolehkan dikatakan ada rupa.. Pandai memikat hati gadis Dengan kata2 manis saya..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Saya suka melihat gadis yg mempunyai senyuman manis.. Perwatakan baik dan menawan.. Dan saya cuba dapatkan mana2 gadis begitu..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Saya tawan hati mereka.. Saya tidak kisahh.. Apa pengakhiran mereka.. Yg mana dapat , saya akan lepaskann..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Orang lain nmpk awak Seorang gadis bertudung labuh hitam.. Muka putih pucat , bibir suram.. Tapi di mata saya , awak ada kemanisan yg saya nak.. Saya mesti dapatkan awak..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Org kata susah lelaki dpat dekati awak.. Xpe , saya tetap cuba.. Saya pantang di cabar.. Saya mesti dapatkan awak..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Saya sengaja merenung panjang ke mata awak.. Awak malu kucing.. Awak tarik hand-sock kat mulut.. Saya senyum mesra.. Setiap hari saya tenung awak.. Awak semakin suka dan saya tak sangka awak balas senyum saya.. Saya memberanikan diri Untuk minta no phone awak dari kwn awk.. Dan saya dapat..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Saya whatsapp awak.. DP whatsapp awak gmbar bunga.. Saya tahu awak suka bunga.. Saya ucapkan ‘asalamualaikum’ Awak balas ‘ waalaikumsalam’.. Saya Tanya kelas pukul berapa? Awak balas pukul10.. Dan berterusannnnn……………..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Aritu awak pakai tudung labuh pink Lain dari lain , saya saja cakap awak maniss.. Maniss la awak pakai pink… Sbb saya tahu awak akan suka.. Maafkan saya awak.. Awak tukar DP whatsapp , Bukan tudung labuh tapi tudung bawal , Awak nmpak , awak Nampak lebih cantik Saya kata.. Awak semakin sukaa..
Maafkan saya sbb rosakkan awak….
Tiap2 malam kita whatsapp.. Hehe Awak bgtau masalah awak.. Saya bgtau masalah saya…
Maafkan saya sbb rosakan awak..
Saya tunjukan mesej2 awak kat member saya.. Diorang solute saya Kerana dapat awak… Mana xnye ni kan... "Saya…" kan??? Hahaha.. Dah terbuktinyaa saya hebat..
Maafkan saya rosakan awak..
Ada awek baru , rakan2 saya cabar saya utk dpatkan awek baru.. Saya terima cabaran merekaa.. Saya tinggalkan awak.. Saya tak whatsapp , awak tunggu.. Awak whatsapp , saya tak balas.. Bagi saya , dah cukup kot..
Maafkan saya rosakkan awak..
Saya dah ada orang lain utk whatsapp with.. Saya dah x kisah pasal awak.. Saya gembira dengan orang lain.. Jgn kacau hidup saya lagi..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Saya nampk awak pun ada orang lain.. Awak dah x pakai tudung labuh.. Awak dah tak pndiam.. Di mata saya , kemanisan awak dah hilang.. Saya pun tak kisah awak dah ada orang lain.. Selalu berkepit pula tu..
Maafkan saya sbb rosakan awak..
Tapi mata awak selalu memandang saya.. Macam awak masih sukakan saya.. Tapi awak berkepit dgn dia.. Saya buat tak kisah..
Maafkan saya sbb rosakkan awak..
Satu kelas heboh bila awak dating berkepit dgn si dia.. Kini awak dah xmemakai tudung dan memakai lips stick merah.. Awak kelihatan gembira dengan dia sebelah awak.. Tapi saya tak kisah.. Malam itu , saya sgt terkejut.. Buka newsfeed pesbuk Ada gmbar awak n dia n awak cium dia.. Ramai comment ‘knapa?’ Awak comment balik ‘jgn ganggu hidup saya’ Semua tertnya2 knpa awak berubah? Dan kawan2 semua bertnyakan awak knpa awak berubah ? Awak kata ‘nak bebas n KECEWA’
Maafkan saya sebab rosakan awak..
Saya rasa bersalah.. Adakah disebabkan saya ? Soalan itu berputar2 di fikiran saya Tapi saya tidak endahkan , saya fikir awak mmg nak kebebasan.. Tapi……………….. Kwan awak kata awak tiap2 hari menangiss… Menangiss, sambil depan cermin.. Sambil pegang rambut awak.. Mereka tnya , tapi awak kata xde apa2.. Dia mnta saya tolong.. Tapi saya xtau mcmna nak tolong..
Maafkan saya sbb rosakkan awak…
Saya rasa macam bersalah, Saya dapat tahu awak berhenti pgajian Sebab ada masalah psychology , kata kawan awak…. Semua orang sedih tgk awak.. n rindu awak yg dulu.. Pada masa itu , saya rasa sangat bersalah..
Maafkan saya sbb rosakan awak..
Kwn awak jumpa saya.. Dan dia bg satu kertas Dia kata dari awak , saya tak baca kertas tu.. Nnti sampai bilik , baru saya baca.. Sampai bilik Saya baca tajuk ‘ Terima kasih Rosakkan saya’ Saya baca sampai habis.. Air mata bersalah mengalir Astaghfirullah alazim apa yg dah aq buat?
-Maafkan saya sebab rosakkan awak-

..warkah untuk awak.. Terima kasih rosakkan saya..

#cerita ni adalah copy paste semata2..tak tahulah sumber nya ada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia...yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.... :)

Saya gadis bertudung labuh.. Muka saya putih pucat , bibir saya kelihatan suram.. Saya memakai kaca mata saya tak memakai make-up bagi saya.. cantik itu tidak penting yg penting kelihatan depan Allah , Tuhan kita..
Terima kasih kerana rosakkan saya..
Saya seorang pendiam , kurang cakap sebab di tuntut dalam agama Berfikir tentang kebesaran Nya.. Waktu2 lapang saya , saya habiskan baca Al-Quran , smartphone di tangan bila perlu sahaja saya suka berkebun dan tanam bunga , saya senyum lihat bunga saya..
Terima kasih rosakkan saya..
Saya jarang tgk cermin , Sebab bila saya tgk cermin.. Msti ada bisikan kata ‘ awak cantik , awak cerah , awak paling cantik’.. Saya tak layan sebab saya tau ianya bisikan syaitan.. Saya ignore , saya kekal dgn tudung labuh hitam saya.. Saya tidak mengambil gmbar saya , saya tidak post gmbar saya dalam pesbuk Atau media social yg lain , saya tidak harap manis depan manusia.. Tapi manis depan Allah SWT..
Terima kasih rosakkan saya..
Saya suka menulis post Islamic agar berdakwah di facebook.. Saya bermunajat agar tidak terlibat dalam maksiat.. Saya senyum di samping Al-Quran dan tasbih di tepi saya.. Saya gembira ada kawan sehaluan saya..
Terima kasih rosakkan saya..
Saya duduk di tepi dewan kuliah ,terlihat awak memandang saya.. Pandangan awak terus ke mata saya.. Saya tak selesa , saya beredar dari situ.. Saya istighfar kepada Allah.. Setiap hari awk memandang saya.. Saya berasa malu , awak pandang saya.. Saya tarik hand-sock saya , tutup mulut saya.. Saya segan bila awak tenung saya ,
Terima kasih rosakkan saya..
Saya teringat kat awak, tiada lelaki pernah begitu dgn saya.. Saya ternanti2 bila lagi awak tenung saya.. Kadang2 saya tersedar semua ini salah.. Allah marahkan saya.. Tapi pandangan mata awak mendominasi saya..
Terima kasih rosakkan saya..
Biasanya saya menghabiskan masa membaca Al-Quran seperti biasa.. Berusrah , dan membaca hadis.. Menelefon mak saya.. Tapi…. Suatu malam , Ada nombor tidak dikenali whatsapp saya.. Saya tengok gmbr dia , gmbar dia.. Saya tersenyum lebar. Awak cakap ‘Asalamulaikum “ Saya jawab ‘ waalaikumsalam” Awak tnya esok kelas start kul brapa.. Saya jawab kul 10 ….. Awak kata nak berkawan dengan saya.. Saya kata insha Allah boleh….. Dan berterusann…………………………………………….
Terima kerana rosakkan saya..
Tiap malam saya tunggu awak whatsap saya.. Saya tunggu.. Dan awak memang akan whatsapp saya.. Saya gembira, awak… gembira…. masa kosong saya tidak lagi dengan Al-Quran kini smartphone di tangan saya.. tapi…. Dlam tu ada awak , awak temankan saya kita hari2 texting , betul x ? saya suka…
Terima kasih kerana rosakkan saya..
Saya suka awak pandang saya , Dan awak kata saya senyum manis , Saya tengok cermin , ermm memang betul la yg awak kata.. Saya tengok cermin , Saya kata dengan diri saya , awak suka muka saya..
Terima kasih rosakkan saya..
Hari tu , saya tak pakai tudung labuh hitam… Saya pakai tudung labuh pink.. Then awak whatsapp , awak kata saya manis dengan tudung pink tu.. Saya senyum , awak kata ‘saya suka awak’.. Saya jugaaa…
Terima kasih kerana rosakkan saya..
Saya tukar dp whatsapp saya , dgn gmbar saya.. Gmbar saya tidak memakai tudung labuh , tapi tudung bawal.. Awak kata , saya lebih manis.. Saya suka bila awak cakap macam tu… Kawan2 saya tahu psal kita.. Mereka kata saya dah maju.. Malah mereka menggalakkan saya.. Saya tersenyum bila mereka kata awak suka saya.. Hehe, saya suka….
Terima kasih kerana rosakkan saya..
Saya terkejut bila kawan saya bgi saya chocolate.. Dia kata dari awak, saya gembira… Saya tak sampai hati nak makan… Saya pun bagi awak Big Apple dan awak kata awak suka…
Terima kasih rosakkan saya…
Hari ni saya pergi kuliah.. Tidak tudung labuh , saya pakai tudung bawal Yg awak kata saya lebih mainis.. Saya tidak pakai kaca mata.. Saya pakai contact lens.. Seperti saya harap , awak kata saya lebih manis, saya gembira…
Terima kasih rosakkan saya..
Tiap2 malam kita sembang.. Awak bgtau masalah awak.. Saya bgitau masalah saya.. Saya ada awak.. Awak ada saya.. Tetapiiiiii Tiba2 awak jarang dah whatsapp saya… Saya tunggu , awak tak wahtsapp.. Saya whatsapp , awak tak balas… Saya sedih..
Terima kasih rosakkan saya…
Saya dapat tahu awak ada ‘kawan’ baru utk whatsapp with… Awak tinggalkan saya… Saya rasa macam kena tipu.. Tapi mcmna nak marah… Kita just kawan… Saya sedih , setiap masa saya fikirkan awak.. Awak tak pandang saya lagii.. Awak tak fikirkan saya lagi… Saya kecewa.. Saya pandang cermin , saya buka tdung.. Saya memakai lipstick merah.. Agar awak pandang saya.. Saya pergi dewan kuliah berpakaian begitu.. Tapi awak tak pandang saya lagi.. Awak sibuk dengan si Dia..
Terima kasih rosakkan saya..
Saya cari orang lain, saya berlipstick merah.. Saya cari orang lain Untuk cemburukan awak, tapi awak tiada respond.. Awak tak kisah.. Saya tekad.. Saya berkepit dengan orang baru saya.. Saya senyum dengan lipstick merah saya.. Tapi awak tidak kisah ,sebenarnya saya taknak dia…!! Saya nak awak… Saya tekad upload gambar Saya bercium dengan orang baru saya.. Tapi awak tidak kisah… Awak….. Saya menangis……. Menangiss….. Berfikir dua kali , saya .. saya menangis… Bukan sebab awak , sebab saya dah lain Saya hilang diri saya yg dulu , saya berdoa agar Allah bagi saya hidayah Saya…. Allah help me Astaghfirullah......

Friday 15 November 2013

C.I.N.T.A


Hari ni tetiba nak sohseh sohseh pasal cinta.. cinta tu fitrah ye dak? Iye dah wujud dari kita xwujud lagi atas dunia ni..nak tahu cinta tu asal dari mana? Iye asal dari syurga…. Buktinya Adam dan Hawa kan bercinta di syurga.. angkara iblis terpisah menderita..(macam lirik lagu nasyid tu). Sebenarnya dalam kita mengejar cinta Allah..tiba-tiba cinta manusia mengetuk hati kita..tukk tukk tukk..”anybody in ur heart?” so apa kita nak buat.. tambah-tambah apabila org yg mengetuk tu plak org yg kita suka..lama dah kita suka kat dia ni.. dah macam mana cinta kita kepada Allah tadi… kita duk la cakap.. duk sebut tiap-tiap hari, “aku cinta Allah” “aku cinta Allah” “aku cinta Allah”, but at the end datang jugak cinta manusia ni…..sebenarnya kalau kita nak cakap..nak hujah…nak bahas pasal cinta ni takkan habis……guna batang pen kilometrico yang boleh tulis beribu-ribu perkataan tu pun belum tentu habis cerita pasal cinta ni…

so apakata kita hayati kisah ni…

Kisah:AIRMATA RASULULLAH ﷺ

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah, ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu...

Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih


Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. KITA BAGAIMANA???

Saturday 2 November 2013

handsocks cotton yang selesa

jemputlah beli..best tau handsocks ni... lembut..sejuk je bila pakai..tak ketat..boleh tutup aurat kita ni (perempuan)


semoga Allah permudahkan usaha kita untuk menutup aurat... :)

salam awal Muharram :)


Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan dari Allah utk melakukan urusan kita.. sedar tak sedar kita jap lagi dah nak ke tahun baru Islam tahun ke 1435 Hijriah dah ni.. then automatic buku amalan kita dah tukar yg baru..agak-agak apalah yg tercatat dalam buku lama kita hari tu? Allah..takutnya kalau lebih banyak maksiat, lebih banyak dosa daripada kebaikan dan pahala.. semoga tahun baru ni lebih banyak amal kebajikan yang kita penuhkan dalam buku baru kita..bagi malaikat yang catat amalan baik (malaikat Raqib) ni busy sikit tahun ni In shaa Allah....


So apa azam baru tahun Hijrah ni? Nak tahu..masa saya study matrik dulu..awal Muharram jatuh pada 19 disember yakni bersamaan dengan birthday saya..wehee..nampak tak kat situ..Allah nak saya berhijrah kepada yg lebih baik pada usia yg baru tu kot…tapii masa tu memang ada azam utk berhijrah pun..sebab masa matrik dulu kawan-kawan pun ramai yg berhijrah…transform diri kepada yang lebih baik…sebenarnya kalau kita nak berhijrah ni..kita kena pilih satu tarikh starting..kita mark kan tarikh tu supaya kita ingat permulaan kita bila kita hampir terjatuh..yela nak istiqomah tu bukan senang kadang-kadang kita rasa kita tak kuat..


lebih lebih lagi bila sahabat-sahabat yang ada waktu kita berhijrah makin jauh tinggalkan kita..sebenarnya yang namanya sahabat itu takkan tinggalkan kita.. Allah cuma jauhkan jarak kita ngan dia sebab Allah nak tengok kita ni berubah sebab Allah ke atau sahabat kita.. jangan risau.. Allah kan ada.. bila sahabat tu kian menjauh..kita boleh cari kekuatan dengan serahkan segala-galanya pada Allah..jgn jadi macam saya..habis je matrik..dah jauh dari kawan-kawan yang baik tu kembali semula pada jahiliah bila dah masuk universiti.. tapi Alhamdulillah Allah masih mahu saya kembali.. bukan saya je..sesiapa pun hambaNya Allah rindukan kita.. Allah sentiasa mahu terima kita walau seisi alam benci kepada kita..seisi alam menolak kita..Allah takkan tinggalkan kita.. Rahmat Allah terbuka luas utk kita..Percayalah.... :)

Thursday 31 October 2013

Nawaitu.....


Hai semua pembaca budiman…yg pastinya anda seorang yg rajin membaca, seorang blogger maybe..takpun seorang researcher yg nak search benda lain tapi terjumpa plak blog yg usang ni.. siapa pun anda..saya percaya anda seorang yg celik akalnya..(yela kalau tak celik, mana bisa buka internet)terima kasih sebab sudi mengunjung blog ni..
Saya nak mohon maaf sebab asyik tukar je entry dalam blog ni..sebelum ni saya buat entry pasal cerita yg saya karang pasal diri saya and now rasa macam tak best je cerita pasal diri sendiri..tambah-tambah saya seorang yg malas nak update blog n dah tahun akhir degree ni bz plak ngan thesis n pelbagai masalah dunia..hahaha..kalau masih ingat lagi cerita separuh jalan yg saya post dulu, saya kan seorang yg baru tahun ni berhijrah..1/1/2013 sy berhijrah menuju cinta Allah..sesiapa pun boleh berhijrah or berubah kalau dia mahu..nak 1000 daya..tak mahu 1000 dalih..ye dok?


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

So sebenarnya tak susah pun nak berhijrah ni kalau kita betul-betul serius.. niat kita kena betul..bukan kerana manusia and dunia semata BUT kerana ALLAH TA’ALA..yang susahnya adalah istiqomah n mujahadah..tapi percayalah, if kita letakkan hati kita bulat-bulat untuk mendekatkan diri pada ALLAH..untuk kejar akhiratNYA..kita percaya dengan janjiNYA..in shaa ALLAH kita takkan jumpa perkataan susah dalam hidup kita… :)
Perbetulkan niat kita bukan kerana manusia tapi kerana ALLAH seluruhnya..manusia tu cumalah pembantu, penggerak, penyokong kita je untuk berubah..tapi yg gerakkan hati kita tak lain tak bukan adalah ALLAH SUBHANAHUWA TA’ALA… dan ALLAH akan kirimkan kita orang-orang yang baik dekat dengan kita bila kita cuba dekat dengan ALLAH..betul…..kalau tak percaya cubalah berhijrah dulu..orang lain takkan rasa apa yang kita rasa..sesungguhnya HIJRAH itu INDAH.. :)