Thursday 31 October 2013

Nawaitu.....


Hai semua pembaca budiman…yg pastinya anda seorang yg rajin membaca, seorang blogger maybe..takpun seorang researcher yg nak search benda lain tapi terjumpa plak blog yg usang ni.. siapa pun anda..saya percaya anda seorang yg celik akalnya..(yela kalau tak celik, mana bisa buka internet)terima kasih sebab sudi mengunjung blog ni..
Saya nak mohon maaf sebab asyik tukar je entry dalam blog ni..sebelum ni saya buat entry pasal cerita yg saya karang pasal diri saya and now rasa macam tak best je cerita pasal diri sendiri..tambah-tambah saya seorang yg malas nak update blog n dah tahun akhir degree ni bz plak ngan thesis n pelbagai masalah dunia..hahaha..kalau masih ingat lagi cerita separuh jalan yg saya post dulu, saya kan seorang yg baru tahun ni berhijrah..1/1/2013 sy berhijrah menuju cinta Allah..sesiapa pun boleh berhijrah or berubah kalau dia mahu..nak 1000 daya..tak mahu 1000 dalih..ye dok?


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

So sebenarnya tak susah pun nak berhijrah ni kalau kita betul-betul serius.. niat kita kena betul..bukan kerana manusia and dunia semata BUT kerana ALLAH TA’ALA..yang susahnya adalah istiqomah n mujahadah..tapi percayalah, if kita letakkan hati kita bulat-bulat untuk mendekatkan diri pada ALLAH..untuk kejar akhiratNYA..kita percaya dengan janjiNYA..in shaa ALLAH kita takkan jumpa perkataan susah dalam hidup kita… :)
Perbetulkan niat kita bukan kerana manusia tapi kerana ALLAH seluruhnya..manusia tu cumalah pembantu, penggerak, penyokong kita je untuk berubah..tapi yg gerakkan hati kita tak lain tak bukan adalah ALLAH SUBHANAHUWA TA’ALA… dan ALLAH akan kirimkan kita orang-orang yang baik dekat dengan kita bila kita cuba dekat dengan ALLAH..betul…..kalau tak percaya cubalah berhijrah dulu..orang lain takkan rasa apa yang kita rasa..sesungguhnya HIJRAH itu INDAH.. :)

No comments:

Post a Comment